TERMA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (PDPA) UNTUK SISTEM IPMS
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1. Pengenalan

Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sentiasa proaktif untuk melindungi data peribadi pengguna yang diperolehi ,dikumpul, disimpan, dan diproses melalui sistem IPMS MPSepang. Penyediaan Dasar Perlindungan Data Peribadi ini adalah selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia dan bertujuan untuk memastikan bahawa hak-hak peribadi pengguna dilindungi sepanjang masa.

2. Skop

Terma PDPA ini adalah digunapakai kepada semua pengguna sistem iPMS MPSepang termasuk pembekal, kontraktor, dan individu yang menggunakan platform ini bagi tujuan perolehan, sebut harga, tender, dan pelbagai transaksi rasmi berkaitan MPSepang. Terma ini meliputi bagaimana maklumat peribadi yang diperolehi ,dikumpul, digunakan, disimpan, dan dikongsi.

3. Pengumpulan Data Peribadi

MPSepang akan mengumpul dan memproses maklumat peribadi pengguna untuk tujuan berikut:

  • Pengesahan identiti dan kelayakan pembekal dalam sistem iPMS MPSepang.
  • Pengurusan proses perolehan, termasuk pemilihan pembekal, penilaian sebut harga/tender, dan penganugerahan kontrak.
  • Pengurusan kontrak dan perhubungan perniagaan antara pengguna dan MPSepang.
  • Pemantauan pematuhan kepada peraturan dan prosedur perolehan.
  • Penyediaan laporan audit dan analisis prestasi kontraktor.

Data yang dikumpul mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Nama dan butiran kontraktor (alamat, nombor telefon, emel).
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan dan maklumat syarikat.
  • Maklumat akaun bank untuk pembayaran.
  • Dokumen yang berkaitan dengan kelayakan teknikal dan kewangan.
4. Penggunaan Data Peribadi

Data peribadi yang dikumpul akan digunakan untuk tujuan berikut:

  • Melaksanakan dan memproses perolehan barangan dan perkhidmatan.
  • Pengurusan proses tender dan penilaian bidaan.
  • Menghubungi pembekal berkaitan dengan urusan iPMS MPSepang.
  • Mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
  • Tujuan audit dalaman dan pemantauan risiko.
5. Penyimpanan dan Keselamatan Data

MPSepang akan menyimpan data peribadi pengguna dengan selamat dan mengambil langkah-langkah yang relevan dan munasabah untuk melindungi data tersebut daripada akses dan capaian tanpa kebenaran, perubahan, pendedahan, atau pemusnahan. Ini termasuk penggunaan kawalan keselamatan teknikal, seperti:

  • Penggunaan kata laluan dan pengesahan pelbagai faktor (multi-factor authentication).
  • Enkripsi data yang sensitif semasa penghantaran dan penyimpanan.
  • Kawalan akses kepada sistem iPMS MPSepang berdasarkan keperluan peranan.

Data peribadi akan disimpan selagi diperlukan untuk tujuan perolehan atau sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang.

6. Pendedahan Data Peribadi

MPSepang tidak akan mendedahkan data peribadi pengguna kepada pihak ketiga kecuali dalam keadaan berikut:

  • Diperlukan oleh undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa.
  • Apabila diperlukan untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.
  • Apabila perlu untuk melaksanakan atau menguatkuasakan terma dan syarat kontrak perolehan.
  • Pihak ketiga yang terlibat dalam pengurusan atau penyediaan perkhidmatan teknikal untuk sistem iPMS MPSepang, yang akan mematuhi dasar PDPA ini.
7. Hak Pengguna Pengguna sistem iPMS MPSepang berhak untuk:
  • Memohon akses kepada data peribadi yang disimpan oleh MPSepang.
  • Meminta pembetulan atau pengemaskinian data peribadi sekiranya terdapat kesilapan.
  • Memohon penghapusan data peribadi yang tidak lagi relevan kepada tujuan asal pengumpulannya, kecuali jika penyimpanan diperlukan oleh undang-undang.
  • Membuat aduan kepada pihak berkuasa berkenaan sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada PDPA.
8. Perubahan Terma

Majlis Perbandaran Sepang berhak untuk mengemaskini atau mengubah terma PDPA ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi atau sistem iPMS MPSepang. Pengguna dinasihatkan untuk menyemak terma ini secara berkala.

9. Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai dasar PDPA ini atau cara maklumat peribadi anda diproses, sila hubungi:

Unit Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Sepang
Alamat: Majlis Perbandaran Sepang, Persiaran Semarak Api, Cyber 1, 63000 Cyberjaya, Selangor
Emel: ipms@mpsepang.gov.my
Nombor Telefon: 03-8319 0200 / 300

Dengan menggunakan sistem iPMS MPSepang ini, anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma-terma yang dinyatakan dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi ini.