Perincian Pengumuman
HEBAHAN RASMI | PENDAFTARAN PORTAL INSYSQ KINI DIBUKA
09/07/2026 - Oleh Unit Tender Dan KontrakMajlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mempelawa kontraktor yang layak untuk mendaftar di Portal INSYSQ (Integrated Works Rotation System) bagi permohonan kerja-kerja inden dan lantikan terus.
📅 Tarikh Pembukaan Pendaftaran
1 Julai 2026
📌 Khas kepada kontraktor yang layak:
* Kontraktor Gred G1 yang berdaftar di Daerah Sepang bagi kategori Bangunan (B) dan Kejuruteraan Awam (CE).
* Kontraktor Gred G2 dan G3 yang berdaftar di Negeri Selangor bagi kategori Mekanikal & Elektrikal (ME).
📌 Perhatian kepada kontraktor baharu:
Kontraktor yang belum pernah berdaftar dengan MPSepang hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu melalui Sistem iPMS (Intelligent Procurement Management System). Setelah pendaftaran di iPMS selesai dan disahkan, kontraktor perlu membuat pengesahan pendaftaran di Portal INSYSQ bagi membolehkan permohonan kerja-kerja inden dan lantikan terus diproses.
Portal INSYSQ memudahkan urusan melalui 3 langkah utama:
✅ 1. Pendaftaran Kerja
* Masukkan nombor pendaftaran syarikat.
* Pilih kod bidang yang berkaitan.
* Terima kod TAC melalui SMS.
* Hantar permohonan untuk pengesahan.
✅ 2. Penerimaan Tawaran Kerja
* Terima SMS tawaran kerja.
* Sahkan penerimaan menggunakan kod TAC.
* Semak maklumat tawaran.
* Terima atau tolak tawaran.
* Cetak Borang Harga Kontrak dan Inden (jika tersedia).
✅ 3. Cetakan Dokumen Kerja
* Masukkan nombor BP.
* Cetak Borang Harga Kontrak.
* Cetak Inden (jika tersedia).
🌐 Daftar sekarang di:
https://emaklum.mpsepang.gov.my/insysq/
Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar dan memudahkan urusan permohonan kerja bersama Majlis Perbandaran Sepang.
#MPSepang #INSYSQ #IntegratedWorksRotationSystem #iPMS #PembekalMPSepang #Kontraktor #PerkhidmatanLantikanTerus #Digitalisasi #MajlisPerbandaranSepang